Mengharapkan Komentar

Saya mengharapkan pegunjung laman blog saya ini dapat menulis komentar-komentar dan memberikan pandangan peribadi atas penulisan saya dalam blog ini. Idea-idea yang bernas juga boleh dicadangkan untuk memperbaiki kesalahan yang ada mahupun untuk menghasilkan penulisan yang baru. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

Sunday, March 13, 2011

Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa


Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Wednesday, October 13, 2010

Mengharapkan Komentar

Saya mengharapkan pegunjung laman blog saya ini dapat menulis komentar-komentar dan memberikan pandangan peribadi atas penulisan saya dalam blog ini. Idea-idea yang bernas juga boleh dicadangkan untuk memperbaiki kesalahan yang ada mahupun untuk menghasilkan penulisan yang baru. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

Semalam

Semalam, bulan dan bintang,

Kumbang dan bunga,

Merpati berpasangan,

Seperti aku dan dirimu.



Hari ini, bukanlah semalam,

Aku dan diriku sendirian,

Mengenangkan hari semalam,

Begitu indah.



Mungkinkah aku dapat,

Menempuh detik indah itu,

Sekali lagi?

Berkali-kali?

Bersama-sama dirinya,

Untuk selamanya.



Atau aku hanya,

Dapat mengenang,

Mengharap, dan bermimpi,

Seperti hari ini,

Untuk hari-hari berikutnya,

Aku tidak sanggup.

Aku berharap

Hari yang indah untuk selamanya.

Tuesday, October 12, 2010

Jalan Bercabang

Hari ini aku dalam kekeliruan,
antara simpang kiri dan kanan,
ku pandang ke kanan,
laluannya bersih, besar dan lurus,
ku pandang ke kiri,
laluannya penuh liku.

Hari semakin gelap,
aku harus segera membuat pilihan,
antara dua jalan yang bercabang,
aku sukakan cabaran,
tapi aku juga ingin jalan yang mudah.

Alangkah bagus jika aku dapat,
melalui kedua-dua jalan pada waktu yang sama,
tetapi aku hanya insan biasa,
akan ku pilih haluan ku sendiri,
sama ada kiri mahu pun kanan,
kerana pilihan di tangan ku.

Aku teruskan perjalananku,
menuju kejayaan.

NYAWA




Apabila terpandang mayat bergelimpangan;
Sedikit demi sedikit air mataku menitis.
Perasaan sedih , geram dan pilu menyelubungi diriku;
Semuanya bercampur baur.

Dan apabila aku melihat darah manusia yang tidak berdosa;
Berpercikan di merata-rata tempat.
Nyawa bagaikan tidak bermakna bagi manusia yang kejam;
Manusia bagaikan semut yang senang dipijak dan dibunuh.

Manakala aku yang berada di sini;
Tidak berdaya untuk menghentikan kekejaman itu.
Aku hanya mampu berdoa dan melihat sahaja mereka;
Di bunuh di bumi sendiri.

Kini baru ku sedar;
Bahawa nyawa begitu berharga.
Nyawa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit;
Ia pemberian Allah